Saturday, January 19, 2008

KOLEKSI JIHAD

Koleksi Jihad

Terakhir hai pahlawan yang jeli melihat…
Kuingin membisikkan padamu
Apakah kamu mendengar
Demi Tuhanmu katakan padaku…
Bagaimana kami akan menghentikan
Kerinduan burung-burung kecil
Tatkala melewati permukaan matahari
Agar tidak melihatmu…
Dan bagaimana kami akan menghentikan
Kesedihan ladang-ladang
Jika engkau melalaikan kami
Dengan undanganmu
Untuk pembukaan musim panas…
Dan bagaimana kami akan menghentikan
Kesedihan menara-menara azan
Tatkala menyerumu di subuh hari
Engkaupun tak menyambutnya…
Wahai habib, yang kami cintai
Bagaimana kau pergi dari sini…
Dan untuk ruh-ruh kami yang membisu
yang terampas dan tergantung di awan
Oleh Jadal dan perdebatan mereka…
Benar, wahai Abu Qassam…
Zaman ini tak kan terluka oleh kematian
Tidak juga suara arena ini oleh ratapan
Engkau adalah gumpalan hembusan angin kami
Jika hilang suaramu matilah yang ajaib
Benar hai syahid, engkau telah memikat ruhku…
darahmu adalah ludah
di wajah para pemimpin lembek nan hina
kau arahkan Brigade ini
sedangkan kau seorang buta tapi jeli melihat…
engkau hadir dalam akal, pendengaran dan penglihatan kami
walaupun kau telah tiada…
katakanlah padaku
bagaimana kau melihat kejahatan mereka
melihat senjata automatis di tangan kananmu
bagaimana kau melihat jalan…
ceritakan padaku
bagaimana engkau mendekatinya
sinar matahari menjadi cahaya
cahaya rembulan menjadi radiasi…
wahai mujahid agung
kami lemah mengendus jalan ini
kami tidak mampu melihat
peganglah tangan-tangan kami
tunjukkan kami jalan…


Ahad, April 13, 2020…..
Jalan yang ku lalui agak mendatar, hampir lima belas minit juga aku menyusur jalan yang agak sepi itu. Tiada sesiapa kelihatan di kawasan itu, hanya kesepian dan kedamaian yang menyelubungi. Dalam perjalananku tadi, ada juga aku bertemu dengan beberapa orang kanak-kanak yang bermain di tepi jalan. Aku membelokkan kereta ke kiri simpang yang mempunyai tanda arah bertulis Tanah Perkuburan Islam, Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Aku meletakkan kereta di bahu jalan dan menolak daun pintu kereta. Aku melangkah dengan cermat dan tenang.
****
Aku mengenalinya hampir setahun yang lalu. Hari itu adalah hari pertama kami mendaftarkan diri ke sebuah universiti di Kuala Lumpur. Satu pertemuan yang amat menakjubkan, bagiku pertemuan yang aku ingati dan hargai sehingga kini. Seorang gadis sepertiku yang sedang khusyuk membaca buku yang tebalnya lebih 3 inci. Suasana yang agak bising dan hingar bingar itu sedikit pun tidak menganggu konsentrasinya kepada pembacaannya. Aku fikir dia mempunyai jiwa yang kuat kerana dia masih bertahan untuk menumpukan perhatian dan mempunyai fokus yang baik. Aku melangkah ke arahnya.
“ Saya boleh duduk disini?”
Dia mendongak dan memberikan senyuman serta bangun memberi hormat agar aku duduk. Buku yang dibaca ditutup rapi. Aku sempat melihat tajuk buku tersebut iaitu
‘ Mukaddimah’ karangan Ibn Khaldun
“ Kamu baru mendaftarkah di sini? “
Aku mengangguk. Dia menghulurkan salam dan pelukan. Terasa sejuk dan luhur penghargaan yang diberikan.
Kami berbual beberapa perkara dan topik. Lebih kepada memperkenalkan diri dan latarbelakang diri masing-masing. Sedikit sebanyak aku mula melihat dia sebagai orang penting dalam permulaan hidupku.
****
“Zuriat yang baik perlu dibentuk untuk menghasilkan generasi yang akan mewarisi segala kebaikan, malah lebih lagi dari itu. Kita tidak mahu lagi zuriat kita hanya tahu kenal aiskrim, gula-gula pada zaman kanak-kanaknya…semuanya perlu dibentuk untuk mencapai kemajuan., kejayaan untuk masa yang akan dihisab nanti.”
“Suatu penafsiran…apa yang manusia mahukan..teknologi perasaan dan emosi perlu dibangunkan agar manusia tidak tewas di lembah virus dan diamuk oleh rasa kecewa……utamanya syaitan kerjanya memang untuk menyesatkan manusia yang masuk melalui saluran darah…..so teknologi apa yang harus dan wajar digunakan…jawapannya teknologi yang terkandung dalam perlembagaan dari langit… tiada lagi teknologi secanggih itu…akal dan ilmu pun tidak mampu untuk mempercayaainya.. lihat betul-betul…apakah teknologi yang canggih dan sofistikated itu hanya boleh dilihat oleh mata dan dirasa oleh perasaan….lebih dari itu kan….”
“Sejarah telah membuktikan kerana tiada pembangunan emosi maka manusia selalu menghampiri dan lebih teruk terjerumus kepada kegagalan…”
“ Jika kita melihat dalam definisi sebenar teknologi pembangunan emosi maka kita akan dapat mengubah dunia menggunakan ketinggian emosi. EQ atau Emosional Quality adalah aset terpenting hari ini, sebelum ini para penyelidik mementingkan IQ atau Intelectual Quality, tetapi bila kita membincangkan soal kejayaan dalam hidup ternyata EQ lebih praktikal kepada kehidupan sebenar”
Aku mendengar penjelasannya dengan rapi. Sesekali aku mencatatkan ke dalam buku nota yang menjadi teman hidupku. Dia yang sedang berdiri dan memberikan penjelasan itu bagiku cukup mempunyai keyakinan yang tinggi.
“ Elemen penting dalam teknologi pembangunan emosi ini adalah mempunyai kesabaran yang tinggi. Dengan kesabaran maka segalanya kita lihat sebagi satu kemajuan, tidak dapat kita pertikaikan lagi kerana bagaimana dalam surah Al-Ashri sendiri menyatakan tentang berpesanlah kepada kebenaran dan kesabaran”
“ Unsur yang manakah dalam memainkan peranan ini?” aku mencelah.
“ Unsur spiritual atau rohani merupakan satu bahagian yang amat penting, aura atau penyebaran gelombang yang menggunakan kuasa roh ternyata dapat memberikan rasa kepatuhan dan kesabaran”
“ Kelahiran Rasul agung yang telah diciptakan Allah dengan ciri-ciri seorang utusan membuktikan bahawa manusia ini boleh diprogramkan seperti kita memprogramkan komputer. Penyucian hati yang telah dilakukan oleh Jibril kepada Muhammad SAW merupakan kronologi awal dalam pembentukan peribadi seorang muslim. Kita tidak dapat lari dari melalui proses pendidikan manual yang terdiri dari semua aspek pentarbiyahan dalaman dan luaran. Semua aspek memerlukan pemangkin yang boleh menghubungkan serta membuat perapian tentang kelahiran seorang manusia yang berkualiti dan seperti yang kita kehendaki.”
Ini adalah sebahagaian ruang perbincangan yang telah kami ikuti. Pada awal perkenalan kami, kami banyak percanggahan pendapat tetapi itu adalah rahmat bagi permulaan yang amat penting dalam diari kehidupan kami. Aku dibesarkan dalam aliran pemikiran yang begitu kontra dengan pemikiran yang cuba dibawa dan digoyahkan oleh dia kepadaku. Masakan tidak, aku telah membaca hampir keseluruhan buku –buku yang berkaitan dengan prinsip pemikiran dan disiplin pengatucaraan ilmu yang cukup kuat dengan tamadun barat yang aku junjung selama ini. Dalam diam aku amat berasa malu, aku kadang-kadang lupa bahawa sebenarnya aku adalah berasal dari bangsa melayu yang telah cuba dikikis oleh keluargaku untuk menjadikan aku kagum dengan bangsa penjajah yang boleh menguasai dunia dan mempunyai semangat inkuiri yang cukup kuat. Bapaku adalah antara anak melayu yang berjaya dan diikhtiraf di seluruh dunia dengan pelbagai pencapaiannya dalam bidangnya. Maka selama ini bapa seolah-olah cuba melindungi siapa dirinya. Benar dia dikagumi sebagai anak melayu yang amat berjaya, tetapi bapa telah lupa bahawa sejauh mana fasihnya dia berbahasa inggeris tetapi dia masih perlu ingat lidahnya pernah mencicah belacan dan budu. Khaula banyak membuatkan aku terfikir, tetapi aku terkilan sekali aku tidak berupaya untuk menjelaskan perkara sebenarnya kepadanya bahawa darah yang mengalir dalam tubuhku sama seperti darah yang panas membara dalam tubuhnya. Semoga suatu hari nanti aku berupaya untuk tidak merahsiakan perkara ini.
“ Al Quran diturunkan dengan teknologi yang cukup tinggi…maka amat benarlah dia adalah mukjizat agung yang menandingi segala teknologi yang ada di dunia”
Aku mendengar penuh tumpuan. Begitu juga dengan para pendengar yang lain. Selalunya pelbagai topik akan dibincangkan kerana itu selalunya tiada tajuk untuk dispesifikkan. Aku, sesekali melihat wajah-wajah sahabat yang lain. Semua yang hadir dari pelbagai bidang dan jurusan. Jauh dari sudut hatiku berasa amat berbangga dan berbesar hati. Akulah anak melayu…aku jugalah bangsa melayu dan islamlah agama yang kujungjung dan kupuja. Aku berbangga kerana bangsa di depanku ini dan aku amat berasa gembira kerana islam tidak pernah mengukur berdasarkan kebangsaan. Islamlah agama yang menyatukan semua bangsa didunia. Islam jualah yang memberi taraf kepada semua manusia.
Firman Allah, maksudnya:
“Maka golongan yang tinggi di sisiku adalah golongan yang bertakwa”
Aku bagaikan tersedar dari lamunan yang amat panjang. Mimpiku hanya igauan kosong yang amat menginsafkan. Aku juga berasa amat sedih..mengapa ada juga seislam sepertiku…semelayu seperti seolah-olah hilang jatidirinya….masakan tidak mahu menyedari bahawa islam telah menyediakan sistem kehidupan yang meliputi, menyeluruh dan sesuai sepanjang zaman, mengapa mesti mempertikaikan dan tidak melihat kehebatan dan hikmah yang tersembunyi.
Teknologi apa yang paling hebat di dunia…cuba sebutkan…hari ini aku bersedia untuk memberitahu dan menjelaskan kepada sesiapa yang ingin tahu bahawa teknologi Al-Quranlah yang boleh meletakkan dunia ini dalam genggaman.


****
Aku dilahirkan di selatan Britain, maka aku membesar dalam suasana masyarakat barat. Keluargaku adalah keluarga yang mengambil berat kepada ilmu pengetahuan. Bapaku adalah seorang profesor di sebuah University di Kota London. Ibuku pula seorang jurutera elektrik. Aku anak ketiga dari tiga orang saudara. Aku mempunyai dua orang abang dan aku anak tunggal perempuan. Abangku seorang Akauntan di sebuah firma kewangan dan yang kedua adalah seorang jurutera peralatan yang bertugas di Jabatan Pengangkutan udara. Bapaku adalah berasal dari negara Malaysia dan menetap di United Kingdom lebih tiga puluh tahun. Sejarahnya bapaku adalah berasal dari negeri selatan Malaysia. Ibuku adalah rakyat Britain. Kedua abangku adalah warganegara Britain cuma aku yang didaftarkan sebagai warganegara Malaysia. Aku tahun pertama dalam jurusan Sarjana Muda Pengajian Antarabangsa dan strategik pengkhususan dalam Sains gunaan di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Sejak kecil aku dibesarkan dalam suasana yang amat harmoni, ibu dan bapa adalah seorang yang rasional dan prihatin. Mereka juga adalah aktivitis masyarakat yang amat komited. Mereka amat memahami atas kehendak yang sepatutnya dan tanggungjawab yang sewajarnya. Bidang yang kuambil ini sebenarnya adalah permintaan bapaku dan aku juga amat cenderung dalam bidang ini. Kata bapaku kita perlu menguasai etika falsafah dan prinsip kehidupan. Sejak kecil kami dididik dengan budaya dan disiplin yang cukup kuat. Maka tidak kunafikan ketinggian tamadun barat adalah dari disiplin ilmu yang digunapakai. Ternyata aku merasakan tamadun barat amat tinggi dengan taraf hidup sosial yang lebih berprinsip. Maka, mungkin akulah anak melayu yang akan pulang mencari erti sebenar bangsa melayu dan erti sebenar islam yang aku inginkan. Dan hari ini, segala persepsiku berubah, pemikiranku mula lebih kreatif dan provokatif untuk berfikir kepada suatu kebenaran yang selama ini terlindung. Mungkin aku akan berasa hairan bagaimana semua bangsa dan negara lain merasakan negara barat patut dicontohi dan menjadi model terbaik dari pelbagai segi. Benar dari pembangunan dan kemajuan fizikal itu adalah salah satu ciri tetapi bagiku ia tidak melengkapi dan sama sekali tidak seimbang. Malaysia kini sudah dua puluh tahun meninggalkan tahun 2002 , Malaysia tidak sewajarnya menjadikan barat sebagai acuan berperlembagaan yang sebenarnya boleh memberi kesan sampingan kepada pemindahan teknologi secara demikian. Aku fikir bapaku walaupun seorang melayu –islam tetapi dia telah lupa bangsanya dan agamanya memiliki kekuatan yang tiada bandingan.
****
“Sudah tentu bapamu masih islam tulenkan ?” aku ketawa kecil mendengar soalan yang dikemukan oleh Khaula Azwar.
“ Benar, tetapi jika individu islam itu sendiri merasakan ada yang lebih tinggi dari islam, di mana harga yang harus dibeli lagi….bapaku seorang yang amat komited..maka dia amat merasakan kekacauan yang berlaku dalam masyarakat islam, maka dia berpendapat itu adalah satu kelemahan….”
“Maksudnya…”
“Kamu tentu tahu…tiga puluh tahun sebelum ini, banyak berlaku kekalutan dalam masyarakat Islam…puncanya kerana umat islam melihat islam dalam konteks yang sempit..masyarakat islam dilanda kemiskinan dan masalah perang yang tidak berkesudahan…isu Palestin…Somalia..Bosnia dan banyak lagi di mana umat islam menjadi mangsa kepada ketidakadilan dunia dan dendam yang tidak berkesudahan….maka lahirlah para pengganas yang ingin membuktikan kehebatan islam…konsep jihad yang diamalkan tidak lagi mengikuti dasar yang sebenar…tetapi bagiku itulah unik dan tingginya jihad dalam islam kerana peperangan yang diharapkan kematian…kematian yang akan disaksikan oleh para malaikat sebagai syahid….bapaku berusaha untuk memartabatkan islam setaraf dengan bangsa dan agama lain didunia…tapi bapaku lupa sesuatu…dia tertinggal kebijaksanaan dalam kekalutannya…dia tidak lagi selari dengan apa yang menjadi impiannya…benarlah kebijaksanaan itu bila kita berfikir menggunakan iman bukan dengan akal…jika mengukur islam dari aspek material dan kebendaan ..maka kita akan sesat dalam kebenaran yang ingin kita cari”
Aku menyambung lagi.
“ Peperangan Iraq dua puluh tahun lalu membuktikan bahawa hadis Rasulullah ternyata benar…menyatakan tentang akan berlaku peperangan di Sungai Furat yang merebutkan harta perbendaharaan di sebalik sebuah gunung…nah..kita lontarkan bersama untuk difikirkan akan kebenaran yang amat jelas”.
Khaula Azwar khusyuk mendengar.
“Jika kita kaitkan dengan keruntuhan WTC, maka amat jelas sekali akan sebuah kehancuran seperti yang dijanjikan oleh Allah dalam kitabnya…” ujar Khaula Azwar memberi pandangan.
“Kita lihat bagaimana selepas itu sebenarnya pelbagai golongan mula melihat islam secara neutral…agama yang amat mementingkan keikhlasan. Inilah hikmah yang tuhan ingin tunjukkan…seperti firman Allah dalam surah At-Taubah…
‘Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta Alam’….firman Allah juga dalam surah Al-Hajj
‘Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa’.
Sambungnya lagi sambil membacakan firman Allah dari kitab suci yang dipegangnya.
“Kamu tentu tahukan…betapa aku amat rasa beruntung mengenali kamu sehingga hari ini…sebenarnya inilah jalanku…jalan yang aku pilih dan jalan yang aku akan ikuti sehingga kematianku akan tiba…..sehingga mentari telah padam di kelopak mataku…” ada getar dihujung suaraku menahan sebak di dada yang berombak.

“Kita adalah permata yang bersinar di antara butiran pasir di tepi pantai, bertuahnya kita menjadi pilihan Tuhan untuk meneruskan perjuangan ini “ dia memegang tanganku erat. Aku tunduk pilu.
“Semoga bapaku akan menemui penyelesaian kepada persoalanya disebalik kesukaran menyelesaikan pengiraan matematik yang diusahakan selama ini.”
Perkenalan kami bukan sekadar di kelas perbincangan, maka pertemuan yang kerap menjadikan kami sahabat yang rapat. Di Malaysia mungkin aku tiada saudara lagi kerana sebenarnya alamat yang diberikan oaleh bapa kepadaku masih tidak kupenuhi permintaannya. Aku sendiri tertanya-tanya di mana aku harus mulakan pencarian ini. Khaula azwar adalah saudara paling rapat, dia amat memahami keadaanku. Aku yang mengenali islam tanpa isi itu terus konsisten diberi tunjuk ajar agar aku lebih memahami. Bagiku dia punyai semangat yang kental dan kuat. Segala halangan yang tiba kulihat disambut dengan sinar dimatanya. Dalam diam aku kagum dengan dirinya, segalanya mencukupi sebagai seorang pejuang yang gigih. Aku selalu mendengar dari bibirnya tentang syahid yang menjadi impiannya. Walaupun pada awal perkenalan kami, kami terlalu banyak perbezaan dari pelbagai segi. Penampilanku tanpa tutup kepala, pendapatku tanpa iman, dan banyak lagi. Tapi perbincangan ilmiah dan keilmuan menjadikan kami amat sinonim. Teman sepengajian yang lain amat mengenali kami yang amat rapat. Kami bersatu dengan rahmat Tuhan dan anugerah dari Yang Maha besar. Ternyata pemikiran logik memang tidak mempunyai pasak dan dasar yang kukuh, maka bila islam memberikan hikmah dan memperlihatkan ketinggiannya, Al Quran menghamparkan mukjizatnya maka terserlahlah keagungan yang amat tinggi. Maka aku amat terharu sekali bila aku telah bertemu cahaya RabbaniNya. Di universiti Khaula Azwar adalah seorang pemimpin wanita yang amat disegani, penonjolan kepimpinan seorang wanita islam amat bernilai bagi sebuah gerakan islam. Dia banyak melibatkan diri dengan diskusi ilmiah dan dialog perbandingan kajian pemikiran. Khaula Azwar cenderung untuk membawa aliran pemikiran yang bijaksana seperti generasi pertama Islam. Walaupun dia seorang pelajar tahun tiga mengambil jurusan kejuruteraan elektrik dia adalah seorang yang mahir dalam pelbagai bidang. Aku sendiri hairan dengan kebijaksanaan dan kemahiran beliau dalam pelbagai bidang itu, sepanjang perkenalan aku dengannya sedikit sebanyak mengenai latar belakangnya dia adalah seorang anak nelayan di sebuah negeri pantai timur. Mungkin tidak mustahil, pelajar yang hanya terperosok di hujung kampung lebih terserlah dari mereka yang telah mendapat pendedahan awal tentang ilmu pengetahuan. Khaula Azwar yang aku dapati bukanlah sebarangan orang.
****
Dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, ketahuilah bahasawanya Allah beserta orang-orangf yang bertakwa ( surah altaubah 9:36)
Apabila sudah habis bulan-bulan haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu dimana saja kamu temui dan tangkaplah mereka, kepunglah mereka dan intailah ditempat pengintaian. jika mereka bertaubat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat maka berikanlah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesunguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ( surah At-Taubah 9:5)
Khaula Azwar adalah seperti nama seorang pejuang wanita islam. Wanita yang memiliki kekuatan dan ketabahan dalam memperjuangkan Islam. Maka dia, Khaula Azwar abad ke 21 ini juga telah menunjukkan ciri dan ilusi seorang wanita bernama Khaula Azwar. Setakat kajian aku tentang dirinya, dia memang seorang yang tidak dapat dinafikan keterampilan dan kewibawaanya. Sebenarnya kami mempunyai persamaan yang ketara dari segi pendidikan dan pengajian. Walaupun konsep dan prinsip kami berbeza, tetapi sebenarnya dia lebih mendahului. Dia dilahirkan dari keluarga yang amat kuat berpegang kepada agama dan terikat dengan disiplin ilmu. Sejak kecil dia dilatih untuk menjadi seorang pemimpin. Dia anak tunggal dari seorang ibu dan mempunyai tiga belas saudara hasil dari tiga ibu oleh perkahwinan bapanya. Pendidikan Khaula Azwar memang tidak ada kompromi dengan alasan, kemalasan dan kemewahan. Setiap saat dipenuhi dengan perkara wajib untuk menuntut ilmu dan beribadah. Aku sempat bertandang ke rumahnya pada suatu masa ketika aku dijemput untuk berhari raya di tanah kelahirannya. Siapa dapat menyangka lebih-lebih lagi aku yang diasuh dengan cara dan pendidikan barat melihat betapa tingginya tamadun islam dan betapa indahnya cara hidup islam yang diamalkan. Aku amat bersyukur dengan peluang dan kesempatan yang Tuhan berikan pada ku. Suaasana kampung yang di kelilingi dengan pondok untuk menuntut ilmu. Di kawasan utamanya adalah sebuah masjid yang berdiri kukuh tersergam dengan syiar dan kebesarannya sebagai lambang penyatuan umat islam. Aku terfikir lagi kata-kata Khaula Azwar suatu masa dahulu, “Negaraku kini ingin menjadi seperti negaramu…mereka menginginkan kemajuan dengan membina bangunan sehingga mencapai awan… wawasan dua puluh tahun yang lalu membuktikan betapa sempit dan ceteknya pemikiran mereka…kini kita sudah sampai ke angka 2020..apa yang kita dapati hanyalah suatu perkara yang menanti kepada kehancuran….mereka mengharamkan apa yang dihalalkan dan menghalalkan apa yang diharamkan..maka tunggulah…azab Tuhan amatlah pedih”
Aku juga berpeluang untuk berbincang dengan bapanya yang baru kuketahui adalah bekas seorang jurutera peralatan yang sebelum ini bertugas di Kementerian Pertahanan Malaysia. Pada mulanya aku amat terkejut sekali tetapi kemudian perasaan itu bertukar menjadi rasa hormat dan kagum. Bapanya memang seorang yang berpandangan jauh, baginya poligami adalah untuk meramaikan umat Muhammad yang sudah semakin sedikit. Malah katanya lagi “ Hari ini seorang islam bukan masanya lagi untuk bermain dengan perasaan cemburu, benci, dengki dan perasaan yang tidak baik..itu adalah perasaan zaman kolot yang harus ditinggalkan..kekuatan dan jatidiri harus dibangunkan…kini masanya untuk kita berusaha kepada kemenangan islam….kita tidak boleh berdiam diri bila islam diinjak-injakkan oleh kaum musyrikin.” . Betapa suci dan murni matlamat yang tersimpan dilubuk hati bapanya.
****
Malam yang damai itu aku termenung di tepi jendela menghirup udara malam yang nyaman. Aku terkenang kepada keluargaku terutama ibu dan bapa. Hampir dua bulan aku terputus hubungan dengan mereka. Puncanya bapa tidak bersetuju dengan pendirian dan keputusanku. Sepanjang ini aku berutus email dengan bapa dalam membicarakan soal matlamat dan ketamadunan. Kataku kepada bapa, aku telah bertemu dengan tamadun yang tinggi dan teknologi yang dapat menguasai manusia, asetnya adalah bersifat gelombang bukan peralatan dan elemen yang digunakan. Kataku lagi kepada bapa… “Islam itu amat indah sebenarnya…” kata-kata terakhir bapa “Kamu telah terpengaruh dengan ideaolgi terrorist….dan menyatakan rasa terkilannya kerana dia telah mendidik aku begitu kukuh dengan pendidikan yang telah diberikan…tapi pendapatku pula berbeza…selama ini bapa cuba mendoktrin aku menjadikan aku para sekularis…..ternyata ia tidak berjaya.. Allah akan memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya”
Permintaan bapa juga telah aku penuhi, tetapi membawa keharuan yang besar dalam hidupku…aku seolah -olah tidak percaya sebenarnya ada seorang ibu yang amat merindui anaknya yang jauh di perantauan….bapa…kejamkah kamu kepada ibumu….aku telah bertemu dengan nenek yang tinggal seorang diri di kampung, tapi nenek seorang yang amat gagah dalam menghadapi kehidupannya…akulah warisan ketabahan perempuan tua yang penuh dengan keberanian dan ketinggian tamadun. Namun..usia nenek tidak lama…mungkin ada hikmahnya…nenek masih sempat melihat wajahku yang menjadi penawar kepada kerinduan kepada anaknya…
****
Petang itu suasana di depan PWTC hingar bingar dengan bunyi bising kenderaan dan kesesakan manusia membanjiri kawasan hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra yang mahsyur itu. Hampir seminggu para wartawan akhbar dan televisyen membuat liputan tentang persidangan deklarasi hubungan diplomatik antara Israel dan Malaysia yang akan berlangsung. Semua pihak melemparkan pelbagai respon dan pandangan. Rata-rata menyatakan pendapat yang berbeza. Para golongan akademik juga bertungkus lumus menyatakan pendapat tentang positif dan negatifnya hubungan yang bakal dijalankan oleh Malaysia itu. Aku melihat Khaula memicit kepala dan bersandar pada sebuah kerusi di sudut tepi. Nampak riak-riak kepenatan dan keletihan di wajahnya. Tapi ternyata dia masih boleh bertenang. Aku tidak mahu mengganggunya. Aku masih khusyuk menonton pita rakaman persidangan tersebut yang dipancarkan di televisyen. Aku mencatat sesuatu di atas kertas. Dua tiga orang petugas masih mundar mandir di dalam ruang di bawah khemah pasang siap yang berbumbungkan plastik tebal. Kami masih menunggu arahan yang akan dikeluarkan pada bila-bila masa. Petang ini Perdana Menteri Israel akan tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur bagi menandatangani satu perjanjian penting tentang hubungan ekonomi yang bakal diteraju oleh negara Israel dalam usaha pembangunan perindustrian di Malaysia. Aku teringatkan kisah dan cerita duka serta luka sewaktu aku berpeluang untuk berziarah di bumi Palestin. Hati dan jiwaku luruh melihat penderitaan dan kesengsaraan yang di alami oleh mereka. Hah aku mendengus marah. Mereka tidak wajar dan tidak patut diberi pengiktirafan serta dijemput bertandang ke Malaysia. Merekalah pengganas dan pembunuh kejam yang tiada perikemanusian. Aku menarik nafas.
Beberapa lama kemudian sudah kedengaran arahan meminta kami berkumpul. Di luar memang sudah ramai yang menanti dengan penuh sabar dan kental. Semuanya kelihatan bersemangat untuk menyertai perhimpunan aman menyatakan bantahan kepada persidangan tersebut. Seminggu ini di depan PWTC dipenuhi dengan pelbagai badan dan NGO yang ingin menyatakan bantahan kepada persidangan deklarasi Israel –Malaysia. Mereka terdiri dari pelajar-pelajar Institut pengajian tinggi, orang awam dan ramai lagi. Aku rasa bersyukur dan gembira kerana masih ramai yang mempunyai kesedaran dan jati diri yang unggul. Setelah arahan dikeluarkan kami berarak dari khemah tersebut mengikut jalan dari arah belakang dan menuju ke PWTC lebih kurang seratus meter. Kami bergerak perlahan-lahan sambil melaungkan takbir dan kata-kata mengutuk negara Israel. Suasana agak gawat dan gamat. Kenderaan yang lalu lalang mula memberi sokongan dengan membunyikan hon. Kelompok kami seramai lebih kurang 500 orang sudahpun tiba di bahagian hadapan. Dari tadi aku mencari Khaula. Mungkin dia sudah berada di hadapan bersama-sama mereka yang lain. Khaula adalah antara mereka yang mengetuai perhimpunan ini, sewajarnya dia berada di hadapan. Di hujung sebelah kiri sudah bersedia polis bandar dan polis simpanan yang bertugas dengan uniform dan senjata. Hatiku sudah berdebar. Hanya doa yang dipanjatkan. Kami masih lagi tega. Kami sudah semakin rapat ke pintu masuk. Khaula dan beberapa orang yang lain mendahului yang lain. Kami diminta menanti. Dua orang anggota polis menghampiri kelompok kami. Mereka berbincang sesuatu. Seorang teman yang ku kenali sebagai Ahmad Kamal mengadap ke arah kami.
“Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati…” dia memulakan ucapan dengan suara lantang.
“Inikah negara islam yang diwar-warkan oleh pemimpin kita…tetapi pada masa yang sama mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara, adakah ini konsep islam hadhari yang mahu diperkenalkan kepada kita, islam itu mempunyai ciri-ciri khusus iaitu tidak tegak di atas keruntuhan jahilliyah”.
Kami menyahutnya dengan laungan takbir dan nama-nama Allah. Polis simpanan yang beruniform warna hitam dan merah kelihatan sudah bersedia untuk berhadapan dengan kami. Kami melangkah kehadapan. Mereka cuba menghalang kami, tapi kami bertahan. Pasukan tersebut mula menyerbu ke arah kami. Keadaan agak kalut seketika. Tiba-tiba aku terdengar bunyi tembakan di sudut tepi. Semua yang ada di sekitar terkejut. Aku mencari Khaula Azwar. Hatiku gelisah. Aku cuba menyusur melalui orang ramai untuk melihat apa yang berlaku. Hatiku dirasuk resah. Aku terdengar jeritan dan rintihan. Hampir aku menjerit bila melihat wanita yang terkapar itu adalah Khaula Azwar dengan berlumuran darah. Kelompok kami sudah tidak terkawal. Ada yang semakin marah cuba meluru masuk ke dalam. Pasukan tersebut mula bertindak ganas. Aku lihat ada empat tubuh yang terkapar, tiga daripadanya adalah lelaki termasuk Ahmad Kamal. Aku sudah tidak tentu arah. Ada yang cuba beredar. Dan berundur ke belakang. Aku ingin mendapatkan Khaula tapi keadaan tidak mengizinkan. Aku kalut dalam kesesakan itu. Airmataku hampir menitis, sedaya upaya aku bertahan dari terus roboh keluar. Hatiku tidak putus-putus menyebut nama Allah. Hanya padaNya aku bermohon semoga Allah memberi kami kekuatan
*****************
Aku terkejut dari lena…..terasa hangat pipiku. Ah aku bermimpi rupanya. Aku meraup muka sambil beristigfar. Semoga Allah mencucuri ke atas roh Khaula azwar. Sudah seminggu pemergian Khaula Azwar. Peristiwa pahit dan tragedi hitam di PWTC masih segar dalam ingatan dan hadir dalam setiap malam mimpiku. Aku masih terasa kehangatan tubuh Khaula Azwar. Aku masih dapat melihat tenang dan amannya wajah gadis itu. Akhirnya dia telah mencapai impiannya untuk bergelar syahidah. Semoga dia sentiasa aman dan dicucuri rahmat dari Allah SWT.
Sudah seminggu jua liputan tentang tembakan rawak yang dilepaskan oleh pasukan polis simpanan kepada kelompok yang telah membuat bantahan. Hatiku terasa sebal dan amat terkilan, bila elemen media massa telah di pegang oleh pihak eksekutif maka kredibiliti media tersebut sebagai lidah masyarakat ternyata amat meloyakan. Kebenaran telah disorokkan dari pandangan umum. Hah hatiku menjerit kuat. Kononnya peristiwa minggu lepas adalah dengan alasan untuk mempertahankan diri maka tembakan rawak terpaksa dilepaskan. Segala yang terpapar dalam media tersebut memang memeritkan hatiku.

****
Akhirnya destinasi yang ingin aku tujui sudah kelihatan. Sebuah kubur yang bermarmar berwarna putih dan hijau muda….makam seorang syahid….syahidah yang agung. Aku berteleku seketika. Semoga engkau bersemadi dengan aman….aku merestuimu…dan Tuhan amat merestuimu jua…Esok malam aku akan terbang ke Britain untuk menjalankan tanggungjawabku pula…mungkin sudah tiba giliranku untuk mengikuti jejak langkahmu….hari ini kita melihat pelbagai pengkhianatan berlaku kepada agama yang kita junjung….yang menyebabkan kita rasa amat terharu….inilah jalan yang aku pilih…dan semoga Tuhan meredhai kita…
Ketika kalian mendengar khabar syahidku, maka angkatlah kepala kalian ke atas untuk merangkul langit
Alhamdulillahi rabbil'alamin, selawat serta salam semoga tercurahkan pada junjungan kita Nabi Muhammad saw;
Sungguh aku tahu bahawa perpisahan itu berat, namun sunatullah azza wa jalla atas makhluk-Nya bahawa tak seorangpun kekal di dunia ini.
Sungguh aku telah menyebabkan kamu semua mengalami berbagai kesulitan dan cubaan, namun ..Insya Allah… semua itu kecil di jalan Allah tetapi sangat besar pahala dan balasannya di sisi Allah.
Kepada Ibunda dan Ayahanda serta saudara yang aku cintai,
Ketika kalian mendengar khabar syahidku, maka angkatlah kepala kalian ke atas untuk merangkul langit karena puterimu yang tersayang ini mencintai pertemuan dengan Allah Azza wa Jalla, maka Allah pasti memuliakan dia dengan kematian yang mulia dan terhormat.
Aku berwasiat kepada kalian semua: Bertaqwalah (takut) pada Allah dengan bertaqarrub dalam setiap keadaan, jadilah orang yang tsiqah (yakin) pada Allah. Sesungguhnya Dia tidak akan mempersia-siakan kamu.
Kamilla Nurislam
Kuala Lumpur
Mei 2030

AHMAD MUKHLIS PERMATA HATI KAMI





anak ku yang dilahirkan pada 27 oktober 2006
anak yang amat memahami mamanya ...
semoga dia akan menjadi manusia yang akan dimanfaatkan oleh dunia kerana ilmunya
insya Allah....

dia akan menjadi manusia yang akan membersihkan segala kemelut maksiat...
inilah doa seorang ibu...






SEMOGA ALLAH AKAN SENTIASA MERAHMATI DAN MEMBERKATI KITA SEMUA...










Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, telah berpadu dalam membela syari’atMu. Kokohkanlah, ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakkal kepadaMu. Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu. Matikanlah dia dalam syahid di jalanMu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.
Ya Allah, jadikanlah cahaya di hatiku, cahaya di kuburku, cahaya di hadapanku, cahaya di belakangku, cahaya di kananku, cahaya di kiriku, cahaya di atasku, cahaya di bawahku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada rambutku, cahaya pada kulitku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku, cahaya pada tulang-tulangku. Wahai Tuhanku, besarkanlah bagiku cahaya dan berikanlah bagiku cahaya dan jadikanlah padaku cahaya dan tambahkanlah padaku cahaya, tambahkanlah padaku cahaya, tambahkanlah padaku cahaya.
(h.r. Muslim dan Ahmad)
Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim

Ya Allah ampunilah kami, wahai Yang Maha Pengampun. Dan maafkanlah kami, wahai Yang Maha Mulia. Dan kasihilah kami, wahai Yang Maha Penyayang. Ya Allah tinggikanlah Islam dan orang-orang muslim. Dan rendahkanlah syirik dan orang-orang musyrik. Ya Allah tolonglah Islam dan orang-orang muslim. Dan hancurkanlah kekafiran dan orang-orang musyrik. Ya Allah tolonglah orang-orang menolong dien dan hinakanlah orang-orang yang menghinakan dien-Mu. Ya Allah, rahmatilah ummat Muhammad saw. Ya Allah rahmatilah orang-orang muslim di ..... (sebutkan tempat) Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui ya Allah, bahwa sesungguhnya saudara-saudara muslim kami disana benar-benar dalam kegelapan dunia. Tidak ada daya dan kekuatan pada mereka. Ya Allah, sesungguhnya diantara mereka terdapat anak-anak yang dicincang oleh kaum kufar dan dilemparkan ke dalam api. Dan sesungguhnya diantara mereka terdapat janda-janda yang disiksa dengan benar-benar siksaan. Ya Allah, seandainya Engkau tidak menolong mereka, maka siapa lagi yang akan menolong mereka selain Engkau. Ya Allah, seandainya Engkau tidak mendukung maka siapa lagi yang mendukung selain Engkau. Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Arahamar rahiimin. Ya Allah tolonglah saudara-saudara kami yang berjihad dimanapun mereka berada. Ya Allah tolonglah saudara-saudara kami yang berjihad di ... Ya Allah hancurkanlah musuh-musuh mereka dari golongan Yahudi, komunis, dan antek-anteknya. Ya ALlah yang menurunkan kitab, turunkan kepada mereka adzab. Ya Allah guncangkan mereka dengan guncangan yang dahsyat, dan koyakkanlah mereka dengan setiap koyakan. Ya Allah cerai beraikan kelompok mereka cerai beraikan persatuan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.